Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditentukan

Peribahasa

Sembahyang diberi berwaktu,
     janji diberi berketika.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
catu, = catuan bahagian (makanan dsb) yg sudah ditentukan banyaknya: Ketika darurat dahulu, kami mendapat ~ gula 10 kati sebulan. mencatu 1 mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2 memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurang­an makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3 membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai. pencatuan perbuatan mencatu. pencatu orang yg mencatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dossukatan ubat yg ditentukan atau yg disarankan (oleh doktor dsb) yg perlu diambil pd sesuatu masa. ~ maut dos yg melebihi sukatan yg ditentukan, yg boleh menyebabkan kematian manusia atau haiwan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
catu= catuan bahagian (makanan dsb) yg sudah ditentukan banyaknya: Ketika darurat dahulu, kami mendapat ~ gula 10 kati sebulan. mencatu 1. mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2. memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurangan makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3. membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai. pencatuan perbuatan mencatu. pencatu orang yg mencatu.Kamus Pelajar
catubahagian (makanan dll) yg ditentukan jumlah atau banyaknya; bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan); mencatu 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagi­kan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang; mencatukan membahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan atau dgn sedikit-sedikit; catuan catu; pencatuan perihal (tindakan dsb) mencatu­(kan), pembahagian catu.Kamus Dewan Edisi Keempat
untuk1 ditentukan atau disediakan bagi…; dikhaskan bagi: Baju dua helai ini ~ kakakmu. 2 buat; guna: tepung ~ membuat kuih. 3 digunakan atau dipakai sbg; dijadikan sbg: Dia telah membawa pisau ~ senjata. 4 bermaksud akan; hendak: Ia ke bandar ~ membeli kasut. beruntuk sudah mempunyai bahagiannya masing-masing; telah ditentukan bahagiannya. menguntukkan menyediakan atau menetapkan bagi: Ayahnya sudah ~ wang tiga ribu ringgit sbg belanja perkahwinannya nanti. peruntukan sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencatu1 mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2 memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurang­an makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3 membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai..Kamus Pelajar Edisi Kedua
menentukan1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami;Kamus Dewan Edisi Keempat
jam masa nyata(Komp) a) peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer di­hidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); b) isyarat jam yg ditentukan oleh masa sebenar;Kamus Dewan Edisi Keempat
untuk1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencatu1. mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2. memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurangan makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3. membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas