hala | arah yg dituju (aliran sungai, tiupan angin dll): Angin bertiup ~nya ke pantai. menghala mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. menghalakan menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hala | arah yg dituju (aliran sungai, tiupan angin dll): Angin bertiup ~nya ke pantai. menghala mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. menghalakan menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh. | Kamus Pelajar |
sasaran | 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mata alamat | sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
destinasi | /déstinasi/ tempat yg dituju atau tempat surat dikirim; matlamat: Bungkusan-bungkusan itu akan sampai ke ~nya sebelum Hari Raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arah | 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertuju | 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, ditujukan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
destinasi | (déstinasi) tempat yg dituju dlm perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu (surat, barang, dll yg dikirim): surat-surat itu dikirimkan melalui pos bukan sahaja ke ~ dalam negeri, malah ke tempat-tempat lain di luar negeri juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
destinasi | /déstinasi/ tempat yg dituju atau tempat surat di dikirim; matlamat: Bungkusan-bungkusan itu akan sampai ke ~nya sebelum Hari Raya. | Kamus Pelajar |
matlamat | 1 apa-apa yg dituju sewaktu menembak, memanah dsb; mata alamat; sasaran. 2 apa-apa yg hendak dicapai dlm sesuatu usaha; tujuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |