terubat | 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulih-kan dsb): penyakit mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn keluarga nanti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakit | 1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah mengejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg menyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubat I | 1. benda yg digunakan (dimakan, disapu-kan, dll) utk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan: jangan makan apa-apa ~ yg lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; ahli ~ orang yg mahir dlm (membuat) ubat; ilmu ~ pengetahuan bkn ubat; kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat; 2. bahan kimia utk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sbg racun serangga dll): air mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman; 3. = ~ bedil = ~ pasang ark mesiu: kehabisan ~ dan peluru; 4. jampi, guna-guna, mantera; 5. bp = ~ lampu picit bateri kering (utk lampu picit dll); ~ angin ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; ~ basah ki khabar yg tidak dipercayai orang; ~ batuk ubat utk menyem-buhkan batuk; ~ bedil a) peluru; b) bahan ledakan utk peluru senapang, meriam dll; ~ bius = ~ lali ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu men-jalani pembedahan); ~ dalam ubat yg ditelan atau dimakan; ~ getah sj cuka utk membeku-kan susu getah; ~ gigi bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg digunakan semasa menggosok gigi; ~ guna sesuatu yg dijampi utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ hati pelipur hati; ~ jerih a) upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih; ~ kampung ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai ramuan (berlainan drpd ubat yg diberikan oleh doktor di hospital); ~ kelat bermacam-macam ubat; ~ kuat ubat utk menguatkan badan; ~ lelah a) ubat utk meng-hilangkan lelah; b) ki upah, dalal; ~ luar ubat yg disapukan (tidak dimakan); ~ mata ubat utk menyembuhkan sakit mata; ~ nyamuk ubat utk membunuh atau menghalau nyamuk; ~ pekasih = ~ pengasih bahan berjampi dsb utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ peluru bahan ledakan utk peluru; ~ periuk ubat kampung utk perempuan yg baru lepas bersalin; ~ rumah ubat-ubat yg tersedia di rumah; ~ sedut ubat mudah meruap yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb; ~ tasak ubat (jampi dsb) utk menahan darah; ~ tidur a) ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur; b) ubat bius; ~ jauh, penyakit hampir prb dlm kesusahan sukar mendapat pertolongan; ubat-ubatan 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat; berubat 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki sudah terhibur hatiku; mengubati, mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; mengubatkan 1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan (meng-ubati) dgn; terubat 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulih-kan dsb): penyakit mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn keluarga nanti; terubati sl dapat diubati, sanggup diubati: adapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian; ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; orang ~ orang yg pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dsb): ada seorang orang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa; perubatan perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~; pengubatan perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik; pengubat sesuatu yg digunakan utk meng-ubat(i); ~ hati ki penghibur hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |