terusik | 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelokok | mengeluarkan bunyi kelokok (bkn ayam belanda), berbunyi kelokok: ayam belanda itu ~ apabila diusik oleh budak-budak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelokok | bunyi ayam belanda; berkelokok mengeluarkan bunyi kelokok (bkn ayam belanda), berbunyi kelokok: ayam belanda itu ~ apabila diusik oleh budak-budak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelegak | 1 meluap-luap dgn kencangnya (ttg benda-benda cair) kerana terlalu panas; mendidih: Apabila air yg dijerang tadi itu ~, angkatlah. 2 ki menjadi marah: Dia itu lekas ~, jangan diusik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelegak | ; menggelegak 1 meluap-luap dgn kencangnya (ttg benda-benda cair) kerana terlalu panas; mendidih: Apabila air yg dijerang tadi itu ~, angkatlah. 2 ki menjadi marah: Dia itu lekas ~, jangan diusik. menggelegakkan memanaskan sesuatu benda cair hingga menggelegak; mendidihkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengusik | 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelegak | menggelegak 1. meluap-luap dgn kencangnya (ttg benda-benda cair) kerana terlalu panas; mendidih: Apabila air yg dijerang tadi itu ~, angkatlah. 2. ki menjadi marah: Dia itu lekas ~, jangan diusik. menggelegakkan memanaskan sesuatu benda cair hingga menggelegak; mendidihkan. | Kamus Pelajar |
usik | 1. perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan: jangan peduli sangat ~ orang itu; 2. ark tidak tenang, bergerak-gerak, lasak; berusik dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang, dijamah, dsb), dialihkan: hutan di Pantai Timur hampir tidak ~; mengusik 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; usik-mengusik saling mengusik antara satu sama lain: kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu; terusik 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu; usikan 1. gangguan, ejekan, gurau senda: ia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya; 2. celaan, kritikan; pengusik orang yg (suka) mengusik, peng-ganggu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembu I | sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapatkan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) melawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, menghela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |