memustajabkan | menjadikan makbul (bkn doa, permintaan dll); memakbulkan; memperkenankan: Semoga Allah ~ doanya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keramat | 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memustajabkan | menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mustajab | 1 dpt menyembuhkan (bkn ubat); mujarab: Ubat itu sangat ~ utk pening kepala. 2 makbul (bkn doa, permintaan dll); diperkenankan. memustajabkan menjadikan makbul (bkn doa, permintaan dll); memakbulkan; memperkenankan: Semoga Allah ~ doanya itu. kemustajaban keadaan mustajab; kemujaraban. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
basi I | 1. sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (bkn makanan yg disimpan terlalu lama dan tidak dipanaskan semula): sayur lemak semalam sudah ~; 2. tidak baru, sudah lama (bkn khabar dll): ada kalanya berita itu dimuatkan ketika sudah ~; 3. tidak manjur, tidak mustajab (bkn mantera dll): doanya ~ sahaja;membasikan menjadikan basi, membiarkan jadi basi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mustajab | Ar 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll), makbul: doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah; 2. bp mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal; memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah; kemustajaban perihal mustajab, kemanjuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |