ekonomi politik | cabang ekonomi yg menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sains sosial | cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sains | ~ sosial cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb. | Kamus Pelajar |
sains | 1 ilmu pengetahuan yg teratur dan dpt dibuktikan kebenarannya. 2 cabang ilmu pengetahuan yg berdasarkan kenyataan semata-mata spt kimia, fizik. ~ sosial cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemelut | 1. keadaan yg genting atau berbahaya (bkn penyakit terutama penyakit demam); ~ naik keadaan penyakit yg makin genting atau berat; ~ turun keadaan penyakit yg beransur pulih; 2. keadaan atau saat yg genting atau berbahaya (bkn ekonomi, politik dsb), kegentingan, krisis: masyarakat harus dibimbing utk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dlm kehidupan; masa ~; ~ ekonomi krisis ekonomi; berkemelut berada dlm kemelut, mengalami kemelut: membiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencatur | ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panel | 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambung-sambung dan digunakan utk menghias dinding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radikal | 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempengaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mempunyai elektron luar yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatuan sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vernakularisme | penggunaan bahasa vernakular: Sabah dan Sarawak yg terpisah drpd Malaya dr segi politik, ekonomi dan pentadbiran juga mempunyai dasar polarisasi Inggeris serta ~ yg hampir sama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
krisis | keadaan yg tegang dlm politik dll disebabkan sesuatu masalah yg serius; kekacauan atau keributan (dlm persatuan dll). ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |