diri I | 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diri I | 1. orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2. badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. | Kamus Pelajar |
diri I | 1. batang tubuh, orang seorang, empunya badan: apalah nasib ~ku ini merantau di tempat orang, pandai-pandai membawa ~; nama (peng)ganti ~ Id kata ganti (aku, engkau, dll); nama ~ nama khas (Ali, Busu, Perak, dll); 2. sendiri (bukan orang lain), badan sendiri: membunuh ~; menyerah ~; memohon ~ meminta izin hendak pulang atau beredar; 3. sl awak, kamu, engkau (semua): hai Dang Saji, Dang Merdu! Bermainlah ~ barang rupanya di hadapan Tun Tuah ini; kedirian ark peribadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendiri | 1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. 2 tidak dgn bantuan orang lain; tidak berkaitan dgn orang lain; terpisah dr yg lain; berasingan: Saya tinggal di rumah ~. 3 tidak termasuk yg lain; dlm kumpulan itu juga: Mereka bertengkar sesama ~. menyendiri duduk atau tinggal seorang diri; mengasingkan diri: Tidak mungkin aku hidup ~. tersendiri terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. bersendirian berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. kebersendirian keadaan atau sifat bersendiri. persendirian perihal sendiri: rumah-rumah ~. penyendiri orang yg suka menyendiri atau suka bersendirian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sendiri | 1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. | Kamus Pelajar |
badan | 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
badan | 1. semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2. bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3. yg empunya tubuh; diri sendiri. 4. bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5. sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar |