kemurahan hati | kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musafir | Ar orang yg masih dlm perjalanan, orang yg berpergian, pengembara: jangan ada orang ~ yg tidur di bawah atap rumah eng-kau dlm keadaan lapar; bermusafir melakukan perjalanan atau pengembaraan: orang yg sedang ~; kemusafiran perihal (keadaan) hidup sbg musafir: sia-sia hidupmu, sia-sia ~mu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemurahan | 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahayul | Ar 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali; ketahayulan sesuatu yg dipercayai sbg tahayul: sains tabii merupakan satu daya yg membebaskan manusia drpd belenggu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muafakat | 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murah | 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |