gincu | alat solek utk mewarnai bibir (biasanya warna merah). bergincu memakai gincu. menggincu mengenakan gincu pd bibir: Dia ~ bibirnya sebelum pergi ke majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gincu | alat solek utk mewarnai bibir (biasanya warna merah). bergincu memakai gincu. menggincu mengenakan gincu pd bibir: Dia ~ bibirnya sebelum pergi ke majlis itu. | Kamus Pelajar |
gincu | bahan utk mewarnai bibir, lipstik; bergincu memakai (mengenakan) gincu: masa itu belum ada cara berkeriting rambut dan ~ spt sekarang ini; menggincu mewarnai (bibir) dgn gincu: selesai ~ bibirnya, ia memakai air wangi pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inci II | benda yg dipakai utk memerahkan bibir, gincu: kata orang-orang bandar, benda itu lipstik, tetapi orang kampung menyebutnya gincu atau ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solek | /solék/ cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun, janganlah lama-lama sangat. menyolek mengenakan alat solek pd; memekap: ~ pengantin. solekan hasil menyolek: Dia kelihatan menarik dgn ~ yg nipis dan sederhana. persolekan hal bersolek. penyolek orang yg menyolek. pesolek orang yg suka bersolek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
palit | , = pemalit apa-apa (spt gincu, bedak) yg digunakan utk disapukan pd bibir, badan dsb: ~ bibir. berpalit sudah dicalit dgn; bercalit. memalit 1 menyapu atau melumas pd; mencalit: ~ bibir dgn gincu. 2 mengusik sesuatu dgn hujung jari; mencolek: ~ sambal. memalitkan menyapukan sesuatu pd; mencolekkan sesuatu pd: Dia ~ celak ke alisnya. terpalit 1 terkena atau tersapu sesuatu ke badan; tercalit: Dia meraba-raba mukanya kalau-kalau ~ lumpur. 2 ki turut terlibat atau terseret sama; turut mendapat nama buruk dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
solek /solék/ | cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun janganlah lama-lama sangat. | Kamus Pelajar |
palit, = pemalit | apa-apa (spt gincu dll) yg digunakan utk disapukan ke badan; benda yg disapukan ke badan: ~ bibir. berpalit sudah dicalit dgn; bercalit. memalit 1 menyapu atau melumas pd; mencalit: ~ bibir dgn gincu. 2 mengusik sesuatu dgn hujung jari; mencolek: ~ sambal. memalitkan menyapukan sesuatu pd; mencolekkan sesuatu pd: Dia ~ celak ke alisnya. terpalit 1 terkena atau tersapu sesuatu ke badan; tercalit: Dia meraba-raba mukanya kalau-kalau ~ lumpur. 2 ki turut terlibat atau terseret sama; turut mendapat nama buruk dll. | Kamus Pelajar |
alit I | celak; mengalit membubuh alit (celak) pd, mencelak; ~ mata mencelak mata; ~ bibir membubuh gincu pd bibir, memerahkan bibir; pengalit alat utk mengalit: bibir dibentuk dgn pensil ~ dan seterusnya disapu gincu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solek | (solék) 1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri (dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll); bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; persolekan perihal bersolek: sudah ramai wanita Melayu yg mendapat ijazah dlm ilmu ~; pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |