global | 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; mengglobalkan menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
global | 1 bkn dunia seluruhnya: Penipisan lapisan ozon merupakan masalah ~. 2 pd keseluruhannya, pd umumnya. mengglobal meluas ke seluruh dunia: Tersebarnya wabak penyakit itu telah ~ hingga banyak yg terkorban. mengglobalkan menjadikan sesuatu bersifat global: Mereka diminta memandang jauh dan ~ pemikiran mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sejagat(global) | 1. Kenyataan untuk memberitahu sistem suatu pemboleh ubah, rutin, atau prosedur mempunyai pengaruh di semua kawasan atur cara. 2. Sifat peranti yang mempunyai pengaruh pada keseluruhan sistem. | Kamus Komputer |
pengendalian sejagat(global operation) | Pengendalian yang mengakibatkan perubahan pada keseluruhan kandungan dokumen. Misalnya, penukaran ejaan. | Kamus Komputer |
gelintaran sejagat(global search) | Kaedah atau kemampuan mencari maklumat yang diperlukan dalam keseluruhan dokumen. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah sejagat(global variable) | Pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh dan berfungsi di mana-mana bahagian atur cara. | Kamus Komputer |
mengglobalkan | menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengglobalkan | menjadikan sesuatu bersifat global: Mereka diminta memandang jauh dan ~ pemikiran mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
glokal | mampu berdaya saing di peringkat global (antarabangsa), tetapi berakar umbi atau berpegang teguh pd jati diri lokal (tempat tumpah darah sendiri). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengglobalisasikan | menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |