habib | 1 orang yg dicintai; kekasih. 2 panggilan kpd orang yg dipercayai berketurunan drpd Sayidina Ali dan Siti Fatimah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habib | Ar 1. kekasih; 2. panggilan kpd orang yg bergelar sayid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habib | 1. orang yg dicintai; kekasih. 2. panggilan kpd orang yg dipercayai berketurunan drpd Sayidina Ali dan Siti Fatimah. | Kamus Pelajar |
keramat | 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |