hakiki | Ar (yg) hak, (yg) benar, (yg) sebenarnya: hidup yg ~ ialah hidup yg mempunyai tujuan utk mencapai segala kesempurnaan; pd ~nya pd hakikatnya (sesungguhnya), sebenarnya; tugas ~ tugas yg sebenarnya; kehakikian keadaan (sifat dsb) hakiki, keadaan yg sebenarnya: kritikan yg mampu memberi jawaban kpd soal-soal ~ hidup yg ketika itu terumbang-ambing oleh kekusutan; penghakikian perihal menghakikikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zati | hakiki; ® jati I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehakikian | keadaan (sifat dsb) hakiki, keadaan yg sebenarnya: kritikan yg mampu memberi jawaban kpd soal-soal ~ hidup yg ketika itu terumbang-ambing oleh kekusutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersumber | berasas (pd), bersandar (pd): konsep sejarah ~ pd peristiwa-peristiwa yg berunsurkan kebenaran hakiki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyubur | sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dimensi | (diménsi) 1. ukuran saiz sesuatu (spt tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat: dlm rajah yg kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; cara ideal ialah audiovisual dan tiga ~; 2. aspek: apakah ~ baru yg harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan itu akan menjadi sesuatu yg hakiki dan abadi? berdimensi mempunyai dimensi; mendimensi mengambil ukuran, mengukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumber | 1. mata air, perigi, sumur; ~ minyak telaga minyak; 2. asal, mula, punca: cukai eksport merupakan ~ kewangan negara yg penting; bahasa ~ sesuatu perkataan bahasa asal sesuatu perkataan (yg telah menyerap ke dlm bahasa yg lain); bersumber berasas (pd), bersandar (pd): konsep sejarah ~ pd peristiwa-peristiwa yg berunsurkan kebenaran hakiki; bersumberkan mempunyai sesuatu sbg sumber: buku yg ditulis ~ falsafah Yunani; kita tidak dapat menafikan lagi bahawa undang-undang akhlak yg semulia-mulianya haruslah ~ al-Quran dan Sunah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subur | 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengandungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah mendapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawanya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyuburkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |