helikopter | /hélikopter/ kapal terbang yg mempunyai baling-baling di atasnya dan dpt turun naik secara menegak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
helikopter | (hélikopter) sj pesawat terbang yg mempunyai baling-baling di atasnya dan boleh turun dan naik secara menegak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
helikopter | /helikopter/ kapal terbang yg mempunyai baling-baling di atasnya dan dpt turun naik secara menegak. | Kamus Pelajar |
helipad | (hélipad) landasan utk helikopter. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doktor udara | doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbang I | 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingatan, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (bertaburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan perayaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (menerbangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpusing-pusing | 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rotor | (Kej) 1. bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo, dsb; 2. alat yg terdiri drpd beberapa bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rotor | ist 1 bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo dsb. 2 alat yg terdiri drpd beberapa keping bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
doktor | 1 ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya, dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2 gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan. ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb. kedoktoran 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |