cakera liut | (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakera liut(floppy disk) | Peranti ingatan berbentuk cakera yang dibuat daripada tipisan bahan yang bersalut magnet. Cakera liut biasanya terdapat dalam tiga saiz, yang bergaris pusat 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci. Sinonim disket. | Kamus Komputer |
inci | ukuran panjang iaitu 2.54 sentimeter atau kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
inci II | benda yg dipakai utk memerahkan bibir, gincu: kata orang-orang bandar, benda itu lipstik, tetapi orang kampung menyebutnya gincu atau ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inci I | ukuran panjang yg bersamaan dgn 1/12 kaki atau 2.54 sentimeter: paku itu panjangnya empat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inci | ukuran panjang iaitu 2.54 sentimeter atau 1/12 kaki. | Kamus Pelajar |
aksara per inci(characters per inch) | Unit yang digunakan untuk mengukur kemampuan purata paparan atau cetakan memuatkan sebilangan aksara dalam satu inci. | Kamus Komputer |
skala | 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan sesuatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
in | kep inci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakera | 1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer; ~ keras (Komp) sj cakera yg dapat menyimpan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optik (Komp) sj cakera yg menggunakan teknologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mempunyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |