Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inginkan

Puisi
 

Kayu jati di tepi huma,
     Lilit akar ribu-ribu;
Kalau hati inginkan bunga,
     Cari akal dengan tipu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memakan hendak lemang,
     membeli hendak pelo.

Bermaksud :

Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mendambakanterlalu inginkan (hendak­kan, mahukan) sesuatu: ~ perdamaian yg abadi;Kamus Dewan Edisi Keempat
titik selerasangat inginkan (sesuatu makanan);Kamus Dewan Edisi Keempat
meminatimenggemari, memerhatikan, meng­inginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendahagaidahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang;Kamus Dewan Edisi Keempat
damba Iterlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu: pd masa ini wanita Malaysia ~ akan hak yg sama dgn kaum lelaki; mendambakan terlalu inginkan (hendak­kan, mahukan) sesuatu: ~ perdamaian yg abadi; perdambaan sesuatu yg diinginkan (dimahu­kan), keinginan, kemahuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lemangsj makanan (drpd pulut dan santan) yg dibakar dlm buluh; bersandar di ~ hangat prb berlindung kpd orang yg zalim akan binasalah akhirnya; memakan hendak ~ , membeli hendak pelo prb inginkan barang yg elok tetapi enggan membayar harga yg sepatutnya; menyandang ~ hangat orang prb menanggung akibat perbuatan orang lain; melemang membakar lemang.Kamus Dewan Edisi Keempat
minatkeinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~; berminat menaruh perhatian akan, cende­rung kpd, gemar akan: seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah negara; meminati menggemari, memerhatikan, meng­inginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat; peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
titik I1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh ber­derai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya men­dapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dahaga I1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hen­dak minum, haus; melepaskan (menghilang­kan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sen­tiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, ke­inginan (akan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas