demikian | begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usahkan | 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memadai | mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangan | kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengajuk | 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajuk II | ; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga; ajukan dugaan, ujian, terkaan; keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~, dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usah | 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis | 1 sedikit pun tidak ada yg tinggal lagi kerana sudah digunakan, dimakan dsb: Barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya. 2 sudah siap dikerjakan dsb; selesai; berakhir; tamat: Pd akhir bulan ini, ~lah kerja itu. Pertunjukan pertama ~ pd pukul lapan malam. 3 selepas; setelah; sesudah: ~ makan, dia pun pulang ke rumahnya. 4 kesemuanya; sekaliannya; seluruhnya: Kalau aku tak datang nanti, budak-budak itu ~ pulang. 5 kalau begitu; jadi: ~, takkan kita berdiam diri saja! 6 = sehabis teramat sangat; paling: Gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. ~ akal tidak tahu apa yg hendak dilakukan; bingung. ~ bulan a. akhir bulan; hujung bulan. b. awal bulan yg akan datang. ~ licin habis semua sekali. ~ modal a. tidak ada lagi modalnya yg tinggal. b. tidak ada apa-apa lagi yg hendak dikatakan. habis-habis 1 hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2 habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. habis-habisan 1 sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2 sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. berhabis-habisan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. menghabisi menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menghabiskan 1 menggunakan (memakan, membelanjakan dll) sesuatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2 menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3 menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? kehabisan 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ. penghabisan 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. sehabis 1 sebaik-baik habis; sesudah; selepas: ~ ia berucap, para hadirin bertepuk tangan. 2 paling; terlalu sekali; habis. sehabis-habis 1 terlalu sangat; teramat sangat; paling: Orang-orang yg melihatnya menceritakan bahawa puteri itu ~ cantik. 2 sekuasanya; sedapat mungkin; sedapat-dapat; sepenuhnya: bekerja dgn ~ tenaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habis | 1. sedikit pun tidak ada yg tinggal lagi kerana sudah digunakan, dimakan dsb: Barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya. 2. sudah siap dikerjakan dsb; selesai; berakhir; tamat: Pd akhir bulan ini, ~lah kerja itu. Pertunjukan pertama ~ pd pukul lapan malam. 3. selepas; setelah; sesudah: ~ makan, dia pun pulang ke rumahnya. 4. kesemuanya; sekaliannya; seluruhnya: Kalau aku tak datang nanti, budak-budak itu ~ pulang. 5. kalau begitu; jadi: ~, takkan kita berdiam diri saja! 6 = sehabis teramat sangat; paling: Gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. ~ akal tidak tahu apa yg hendak dilakukan; bingung ~ bulan. a. akhir bulan; hujung bulan. b. awal bulan yg akan datang. ~ licin habis semua sekali. ~ modal a. tidak adal lagi modalnya yg tinggal. b. tidak ada apa-apa lagi yg hendak dikatakan. habis-habis 1. hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2. habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. habis-habisan 1. sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~,kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2. sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. berhabis-habisan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. menghabisi menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menghabiskan 1. menggunakan (spt memakan, membelanjakan dll) sesuatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2. menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3. menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? kehabisan telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun. Keretanya ~ minyak di tengah jalan. penghabisan 1. kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2. kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3. bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. sehabis 1. sebaik-baik habis; sesudah; selepas: ~ ia berucap, para hadirin bertepuk tangan. 2. paling; terlalu sekali; habis. sehabis-habis 1. terlalu sangat; teramat sangat; paling: Orang-orang yg melihatnya menceritakan bahawa puteri itu ~ cantik. 2. sekuasanya; sedapat mungkin; sedapat-dapat; sepenuhnya: bekerja dgn ~ tenaga. | Kamus Pelajar |
cukup | 1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperluan, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menambah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak kekurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |