lagu | 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulangulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menyanyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
irama | 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan. berirama dgn (memakai) irama, berentak; gerak badan ~ gerak badan mengikut irama; mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dangdut | 1. irama lagu pop Melayu (yg melebihkan bunyi gendang); 2. orkes atau kumpulan muzik Melayu; berdangdut berjoget (menari) mengikut rentak dangdut: di kota itu, kamu boleh berdisko atau ~, semuanya ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melodi | /mélodi/ 1 lagu; irama lagu. 2 susunan kata yg berirama. bermelodi berirama. memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan lirik, puisi dsb dlm bentuk melodi: Dia ~ puisi karya penyair-penyair tanah air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
langgam | Mn 1. cara, kaedah, laku, adat kebiasaan: menurut ~ dan pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina; 2. irama lagu yg digemari ramai (lwn irama asli): lagu-lagu ~ dan asli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trio | 1. gubahan lagu atau irama utk tiga suara atau tiga alat muzik; 2. kumpulan drpd tiga orang penyanyi atau pemain muzik; 3. kumpulan drpd tiga orang atau benda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgam | 1 cara; ragam; gaya: ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2 adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3 sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rancak I | 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgam | 1. cara; ragam; gaya:~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2. adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3. sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli). | Kamus Pelajar |
rancak | 1 cepat dan riang (bkn irama muzik, rentak tarian dll). 2 sungguh-sungguh; giat; aktif: Projek pembinaan jalan raya itu sedang ~ diusahakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |