hujan ais | (jatuhnya) air hujan yg beku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan beku | = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejatuhan | 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan batu | = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusutkan | menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Krismas | hari besar yg dirayakan oleh orang Kristian (jatuhnya pd 25 Disember). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orde baru | a) peraturan (pemerintahan, dll) secara baru (sistem pemerintahan sesudah jatuhnya Sukarno); b) peraturan (golongan, aliran, dsb) yg baru atau yg muncul pd waktu-waktu kebelakangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orde | = order IB sistem, peraturan, susunan; ~ baru a) peraturan (pemerintahan, dll) secara baru (sistem pemerintahan sesudah jatuhnya Sukarno); b) peraturan (golongan, aliran, dsb) yg baru atau yg muncul pd waktu-waktu kebelakangan; ~ lama a) sistem pemerintahan pd zaman Sukarno; b) peraturan (golongan, aliran, dsb) yg lama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut nilai | 1. (Eko) turunnya nilai barang modal spt mesin dan bangunan kerana telah usang, rosak atau haus; 2. (Eko) jatuhnya nilai suatu mata wang dlm sebutan mata wang lain; 3. berkurang atau merosot nilainya (bkn barang, modal dsb): mesin itu akan ~ setelah digunakan selama beberapa tahun; menyusutnilaikan menyebabkan barang, modal dsb susut nilai: mereka perlu menganggarkan berapa tahun utk ~ harta syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riak I | 1. gerakan air yg mengombak (di permukaannya), gerakan air yg merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dll), ombak kecil: dia merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai riang, ~-~ kecil berlari di gigi air; 2. getaran (gerakan) udara: ketika hari terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; 3. ki gerak-geri yg menandakan ada sesuatu yg terkandung dlm hati, gelagat: maka Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak menim-bulkan ~; ada ~-~ yg menunjukkan kedua-dua orang itu mempercayai kata-kataku; ~ gelombang gelombang radio; ~ ikan kocakan air yg disebabkan oleh ikan; ~ mua Kl a) gelombang kecil-kecil; b) tingkah laku yg kebudak-budakan (bersifat kebudak-budakan); ~-remiak beriak-riak (air); beriak, beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |