filologi | 1. kajian ke atas bahan-bahan bertulis (biasanya karya sastera) dan penentuan kebenaran atau ketulenan (keaslian) bentuknya dan maknanya; 2. istilah lama bagi linguistik sejarah dan perbandingan, terutamanya yg berdasarkan bahan tulisan dan kesusasteraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangkal | ; menyangkal 1 tidak mengakui kebenaran sesuatu; menyatakan bahawa sesuatu itu tidak benar: Beliau telah ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya itu. 2 tidak menurut; menentang; melawan: Kita janganlah ~ perintah Tuhan. sangkalan kata-kata, perlakuan dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajiannya. penyangkalan perbuatan atau hal menyangkal. penyangkal orang atau pihak yg menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyata | 1. jelas dan terang (pd pendengaran, pelihatan): dr jauh tampak ~ lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud: alam yg ~; menyatakan 1. menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. memberitahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ketibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; ternyata 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; kesalahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; kenyataan 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; pernyataan 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; penyataan perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat; penyata sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan kedudukan kira-kira; ~ tahunan laporan tahunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siasat I | 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn keselamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari keterangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn kenegaraan (pemerintahan negeri), siasah, politik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu pengetahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerja | 1. usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dsb) sesuatu: beberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu; banyak lagi ~ yg perlu dibuat utk menyambut ulang tahun kemerdekaan; 2. = pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya; 5. bp = bekerja: awak tidak ~ hari ini?; ~ siang malam manakan tak teruk badan; ~ amali kerja mempraktikkan (melakukan) apa yg tersebut dlm teori; ~ bakti kerja yg dilakukan utk kepentingan negara atau orang ramai (bukan utk mendapatkan bayaran); ~ borong kerja yg pembayarannya didasarkan pd keseluruhan kerja yg terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yg dibuat semuanya); ~ halus kerja yg memerlukan kemahiran serta ketelitian; ~ kahwin segala kegiatan dan urusan yg berkaitan dgn perkahwinan; ~ kapal kerja di kapal (sbg anak kapal); ~ kasar kerja yg lebih memerlukan kekuatan tenaga drpd kemahiran; ~ kayu pertukangan kayu; ~ kosong bp jawatan yg belum dipenuhi, lowongan kerja; ~ ladang kerja di ladang, (usaha) berladang; ~ lapangan kajian saintifik yg dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu); ~ latihan sesuatu yg dibuat utk memahirkan diri atau utk mendapatkan pengalaman; ~ lembur kerja yg dibuat di luar waktu pejabat; ~ luar a) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat utk menambah pendapatan); b) kerja yg dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yg lazim; ~ mengikut peraturan kerja yg dijalankan tidak lebih drpd (atau secara terperinci mengikut) yg ditentukan oleh peraturan kerja; ~ paksa kerja yg diwajibkan melakukannya (sbg hukuman); ~ pejabat kerja pengurusan (pentadbiran dll) yg biasa dilakukan di pejabat; ~ raja sl kerja yg diwajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; ~ rampaian berbagai-bagai kerja atau latihan utk memahirkan murid-murid dlm ilmu pelajaran yg berkenaan; ~ raya kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan utk faedah orang ramai (spt membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dll); ~ sambilan kerja yg dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yg lain; ~ sawah kerja di sawah, bersawah (bertanam padi); ~ sawat kerja yg dilakukan oleh pesawat (jentera); ~ sementara kerja utk jangka masa tertentu (bukan berterusan); ~ tangan kerja yg dibuat dgn tangan (spt anyam-menganyam, pertukangan, dsb); ~ tetap kerja yg berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap); ~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan prb ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai-ramai; ~ raja dijunjung ~ kita (sendiri) dikelek prb kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang; ~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat prb bekerja dgn tidak berperaturan; sedikit ~ banyak berantun prb orang yg malas; tidak ~ cari ~ prb orang yg sengaja melakukan sesuatu yg akhirnya menyusahkan dirinya juga; sekerja sama pekerjaan (terlibat dlm jenis kerja yg sama); kesatuan ~ kesatuan (perkumpulan atau pergabungan) pekerja yg terlibat dlm jenis kerja yg sama; bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; mengerjakan 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (melakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark mengusahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, membunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengadakan serta mengurus majlis perkahwinan dll; terkerjakan terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan): susahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman; memperkerjakan menyuruh atau menempatkan (seseorang) bekerja (di): aku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel; pekerjaan 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); sepekerjaan sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja; berpekerjaan mempunyai pekerjaan (pencarian); tidak ~ a) tidak mempunyai pekerjaan: banyak anak muda yg telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~; b) tidak berkepentingan; pengerjaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan; ~ minyak pengolahan minyak; ~ utama Id perihal mengerjakan hitungan yg menjadi sendi atau asas segala hitungan (spt menambah, mengurangi, membahagi, dan memperbanyak); pekerja orang yg bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapangan; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; pengerja orang yg mengerjakan atau mengusahakan sesuatu: orang kaya spt tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penye | Kamus Dewan Edisi Keempat |