Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kan kah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kan Isingkatan bagi bukan atau bukankah: ~kah gitu yg baik?Kamus Dewan Edisi Keempat
merenyuk1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan me­nyentakkan, merentak (merenggut, me­reng­kah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (mem­beri­kan) dgn marah.Kamus Dewan Edisi Keempat
renyuk IIIMn rentak, sentak; serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~; merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan me­nyentakkan, merentak (merenggut, me­reng­kah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (mem­beri­kan) dgn marah.Kamus Dewan Edisi Keempat
senda I= ~ gurau = gurau ~ kelakar, jenaka, olok-olok, seloroh: sajak dan ulangan suara banyak dipakai baik dlm ~ mahupun dlm percakapan; bersenda = ~ gurau = bersenda-senda 1. berkelakar, berseloroh, berjenaka: menga­pa-kah pula tuan hendak ~-senda dgn ayah-anda spt ini? 2. bergurau-gurau, bercumbu-cumbu: maka tuanku Malim Deman pun lalu santap beradat serta ~ kedua-dua laki isteri; menyenda-nyendakan mempermain-main­­kan: mereka tidak lagi menghormati prinsip keagamaan, sebaliknya ~ kewujudan neraka dan syurga; mempersendakan mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, me­ngejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg Kamal sengaja hendak ~nya; sendaan sesuatu (bahan dsb) yg di­per-sendakan: ibu tidak mahu kau jadi ~ orang; persendaan hal yg berkaitan dgn perbuatan bersenda: bahan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegas1 dpt didengar, dilihat dsb dgn terang; nyata; jelas: Ia berkata dgn suara yg ~. 2 tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar; tentu; tepat: Permohonannya telah ditolak dgn ~. menegaskan 1 me­ngata­kan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan. penegasan perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penen­tuan. penegas; kata ~ ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tampung Imenampung 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, mena­dah­kan; ~ tangan bertadah amin (ketika ber­doa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, peneri­maan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-u­ruskan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
lantas1. tidak berantara, langsung, terus: dgn malas aku bangkit dan ~ ke dapur; 2. langsung masuk (terus), sampai ke: ~ dlm kenangannya itu bagaimana kegembiraannya pd hari dia berkahwin; ~ akal termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke belakang dll); 4. kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu): ~kah abang meneruskan perniagaan itu jika kita tambah modalnya? melantas tidak singgah atau berhenti dimana-mana, langsung; melantasi terus ke belakang, menembus, menobros: sinaran itu tidak ~ cermin, iahanya dipesongkan oleh pembalikan; boritu sudah ~ ke balik kayu itu; melantaskan menyampaikan, mengemuka­kan (sesuatu hal dll), meneruskan; ~ angan (maksud) a) hidup merantau; b) melakukan kehendak hati; ~ dendam melepaskan dendam; terlantas terus masuk, tembus langsung; berkelantasan ark terus-menerus (tidak berantaraan).Kamus Dewan Edisi Keempat
apa1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan se­suatu terhadap: diapainya maka ia me­nangis? mengapakan, mengapa-apakan, mem­peng­apakan 1. melakukan apa atau bagai­mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku­kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa­kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.Kamus Dewan Edisi Keempat
aksi1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyata1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas