kebun binatang | taman haiwan; zoo. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebun binatang | taman haiwan, zoo; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zoo | /zu/ tempat (taman) berbagai-bagai jenis binatang dipelihara utk dilihat oleh orang ramai; kebun binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zoo | kawasan (taman) tempat berbagai-bagai jenis binatang dipelihara utk dilihat oleh orang ramai, taman haiwan, kebun binatang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun | tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun | tanah yg ditanami sesuatu (spt pokok buah-buahan, sayur-sayuran): ~ sayur; ~ kelapa; tukang ~ orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll). ~ binatang taman haiwan; zoo. ~ bunga kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. ~ kecil kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). berkebun bercucuk tanam di kebun: Di samping bersawah, mereka ~ sayur. memperkebuni mengusahakan tanah dgn berkebun. perkebunan 1 hal-hal mengenai kebun (perusahaan atau pengurusannya). 2 tanah tempat berkebun. pekebun orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebun | tanah yg ditanami sesuatu (spt pokok buah-buahan, sayur-sayuran dll): ~ sayur; ~ kelapa; tukang ~ orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll). ~ binatang taman haiwan; zoo. ~ bunga kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. ~ kecil kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). berkebun bercucuk tanam di kebun:Di samping bersawah, mereka ~ sayur. memperkebuni mengusahakan tanah dgn berkebun. perkebunan 1. hal-hal mengenai kebun (perusahaan atau pengurusannya). 2. tanah tempat berkebun. pekebun orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. | Kamus Pelajar |
merayap | 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayap II | ; merayap 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun; merayapi 1. merayap pd (di): semut ~ gula; matanya ~ seluruh bangunan itu; 2. mengerumuni, mengelubungi: perlahan-lahan bumi pasar minggu itu dirayapi semut manusia; Kuala Lumpur sedang dirayapi malam; merayapkan menjadikan merayap: dirayapkan sayapnya melata bumi; terayap-rayap sedang merayap(-rayap): ~ bergerak perlahan-lahan orang menuai di tengah bendang; rayapan pergerakan yg perlahan-lahan: ia mengikuti ~ suluhan lampu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baja I | bahan yg digunakan utk menyuburkan tanam-tanaman atau tanah; pupuk. ~ asli (alam, organik) baja yg dibuat drpd tahi binatang atau tumbuh-tumbuhan yg sudah reput. ~ buatan (kimia) baja yg dibuat drpd bahan-bahan kimia. ~ campuran baja yg terdiri drpd dua unsur baja atau lebih, mis baja organik dan baja kimia. ~ fosfat baja buatan yg di dlmnya terdapat berbagai-bagai jenis garam drpd asid fosforik. ~ hijau baja yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan. ~ kandang baja yg dibuat drpd tahi binatang. ~ kompos baja yg dibuat drpd campuran tumbuh-tumbuhan dan tahi binatang yg diperam dan dibiarkan reput. ~ urea baja buatan yg di dlmnya banyak terdapat ammonia dan karbon dioksida. membaja 1 menjadikan subur dgn membubuh baja; memupuk: Bapa saya sedang ~ sayur-sayuran di kebun. 2 membubuh baja pd; memupuk: ~ tanah. pembajaan perbuatan atau hal membaja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |