Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
kebut I
Definisi :
; tukang ~ Id, bp penjaga garis di padang bola sepak.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
kebut I
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(7)
Istilah Bahasa Melayu
(1)
Khidmat Nasihat
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Kamus Bahasa Melayu
Kata
Takrif
Sumber
kebut
II
; mengebut, mengebuti membuang (menghilangkan) debu dgn kain dll, mengebas: ~ pakaian.
Kamus Dewan Edisi Keempat
kebut
I
; tukang ~ Id, bp penjaga garis di padang bola sepak.
Kamus Dewan Edisi Keempat
tukang
kebut
Id penjaga garisan (dlm permainan bola sepak dll):
Kamus Dewan Edisi Keempat
tukang
kebut
Id, bp penjaga garis di padang bola sepak.
Kamus Dewan Edisi Keempat
mengabutkan
mengebaskan (pakaian dll); ®
kebut
II.
Kamus Dewan Edisi Keempat
kabut II
; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); ®
kebut
II.
Kamus Dewan Edisi Keempat
tukang
I
1. orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, pandai; ~ besi orang yg pandai membuat alat drpd besi (parang, pisau, dll); 2. orang yg pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dll) sesuatu yg tertentu: ~ catat; 3. orang yg suka atau biasa melakukan sesuatu (yg umumnya kurang baik); ~ copet orang yg gemar mencopet; 4. ahli (sbg kata cemuhan); ~ kritik orang yg gemar mengkritik orang lain; ~ air penjual atau pengangkat air; ~ ampu orang yg suka mengampu (bermuka-muka dgn ketuanya dll); ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan); ~ api orang yg menjaga api (di kapal dll); ~ arloji orang yg pekerjaannya membaiki jam; ~ asah sl orang yg pandai mengasah gigi; ~ bang bilal, muazin; ~ batu orang yg pandai membuat perkakas drpd batu; ~ beca penarik beca; ~ bendera = ~
kebut
Id penjaga garisan (dlm permainan bola sepak dll): ~ botol = ~ loak orang yg membeli dan menjual barang-barang lama; ~ canai tukang mengasah pisau dll; ~ catut broker (cangkau); ~ cerita orang yg suka bercerita; ~ cetak orang yg pekerjaannya mencetak (buku dll); ~ cuci dobi, penatu; ~ cukur orang yg pekerjaannya mencukur (janggut, rambut, dll); ~ daging penjual daging; ~ dobi pencuci kain (pakaian); ~ elektrik orang yg memasang dan membaiki alat-alat elektrik; ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas; ~ es Id penjual air batu (aiskrim); ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera; ~ gerobak orang yg pekerjaannya menjalankan gerobak; ~ gunting orang yg pekerjaannya meng-gunting rambut; ~ hias jurusolek (pesolek); ~ ikan penjual ikan; ~ jahit orang yg pekerja-annya mengambil upah dgn menjahit; ~ karang orang yg mengarang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dll); ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak; ~ kasut = ~ sepatu orang yg pandai membuat (membaiki) kasut; ~ kayu orang yg pandai membuat barang-barang (kerusi, meja, dll) drpd kayu; ~ kebun orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll); ~ kelarah orang yg pandai sedikit-sedikit membuat bermacam-macam kerja tetapi tidak mahir betul; ~ kereta orang yg pandai membaiki kereta; ~ korek orang yg suka mengkritik (mencela, mencari kesalahan, dll); ~ lelucon pelawak; ~ mabuk pemabuk; ~ masak orang gajian yg kerjanya memasak; ~ pangkas tukang gunting; ~ pedati orang yg pekerjaannya menjalankan pedati; ~ pidato orang yg pandai berpidato; ~ pos penghantar surat-surat pos, posmen; ~ rumah orang yg kerjanya membina atau membaiki rumah; ~ sapu orang yg kerjanya menyapu sampah; ~ sate orang yg menjual sate; ~ sampah orang yg mengangkat sampah; ~ sayur penjual sayur; ~ sihir orang yg pandai membuat sihir, ~ serobot orang yg suka menyerobot; ~ silap mata pemain silap mata; ~ sukat pekerja yg menyukat (mengukur) tanah dll; ~ sunat mudin; ~ susu penjual susu; ~ tadah orang yg menerima barang-barang curian; ~ tenun penenun kain dll; ~ tenung ahli nujum; ~ ternak wang orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ~ ubat penjual ubat; ~ urut orang yg pandai mengurut; ~ wang orang yg menjaga urusan wang (di pejabat dll); ~ warung orang yg mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dll); ~ tidak membuang kayu prb orang yg cerdik sayang kpd sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya; bertukang, menukang mengerjakan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll): aku tahu dia banyak kebolehan, menulis, melukis dan ~; tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll); menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: ia menyuruh membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu indah-indah perbuatannya, Batala ~nya; ketukangan kepandaian bertukang, keahlian bertukang: sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kpd aku; pertukangan 1. perihal bertukang; sekolah ~ sekolah utk melatih orang menjadi tukang; 2. pekerjaan bertukang: ada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula; 3. persatuan (himpunan) para tukang.
Kamus Dewan Edisi Keempat
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...