Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (masa atau hari) akan datang, kemu­dian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Jangan sangat pemilih,
     takut terkena buku buluh (kelak).

Bermaksud :

Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jemah Ikelak, kemudian; di akhirat ~ di akhirat kelak; kelak ~ kemudian kelak, di kemudian hari; tidak ~ tidak pernah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelak jemahkemudian kelak, di kemudian hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudian1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelak(masa atau hari) yg akan datang; kemudian; nanti: Saya ingin menjadi doktor apabila sampai masanya ~. kemudian ~ masa yg akan datang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelak kemudianmasa yg akan datang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelak Vsj burung, Macrophygia assimilis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelak-keluka) keluk-keluk; b) ki selok-­belok.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelak IV; ~-keluk a) keluk-keluk; b) ki selok-­belok.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelak-kelikJk kelip-kelip, kedip-kedip.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelak III; ~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas