Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lé.réng] | کليريڠ

Definisi : (keléréng) 1. biji buah lerak; 2. guli, gundu, kelici. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelereng


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelereng(keléréng) 1. biji buah lerak; 2. guli, gundu, kelici.Kamus Dewan Edisi Keempat
buah gulikelereng;Kamus Dewan Edisi Keempat
keneker(kenékér) IB guli, kelereng.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelici II1. buah yg bulat keras (dibuat mainan dll); 2. guli, gundu, kelereng.Kamus Dewan Edisi Keempat
unjuran1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
buah1. bahagian tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik (biasanya berbiji): pokok ini sudah ada ~nya; 2. biji yg agak besar dan keras: ~ kemiri; ~ keras; 3. benda yg menyerupai buah tertentu; ~ berembang a) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang; ~ bidara a) manik yg menyerupai buah bidara; b) gula-gula yg menyerupai buah bidara; ~ melaka a) buah pokok melaka; b) sj kuih, onde-onde; 4. bahagian (badan manusia dll) yg menyerupai buah; ~ betis jantung betis, daging pd betis; ~ lengan otot besar pd lengan atas; 5. bermacam-macam benda bulat; ~ baju butang; ~ guli kelereng; 6. penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu): se~ rumah; beberapa ~ kerusi; 7. ki hasil sesuatu perbuatan (usaha dll), akibat: segala usahanya tidak memberi ~; 8. ki bahan, pokok, pangkal; ~ cakap a) pokok percakapan; b) hasil percakapan; 9. pergerakan atau teknik dlm seni silat utk mematahkan serangan lawan: ~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya; ~ agregat (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); ~ benar = ~ sebenar (Bio) buah yg terbentuk drpd ovari sahaja (mis buah betik); ~ bengang (Bio) buah yg kelopaknya pecah (apabila masak); ~ bibir sebut-sebutan orang; ~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dll); ~ catur anak catur (benda kecil-kecil yg digunakan dlm permainan catur); ~ dacing batu penimbang; ~ dada susu, tetek; ~ fikiran pendapat; ~ hati orang yg dikasihi, jantung hati; ~ hidup buah yg masih segar; ~ kalam karangan, tulisan; ~ kalengan Id buah dlm tin; ~ kering a) buah yg dikeringkan; b) (Bio) buah yg perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang; ~ kesenian hasil kesenian; ~ ketot buah bantut; ~ kumpuan buah majmuk; ~ lidah buah yg kelopaknya pecah dr pangkal ke hujung; ~ majmuk buah yg terjadi drpd rangkaian bunga; ~ mata a) biji mata; b) orang yg dikasihi; ~ melaka (kuih) onde-onde; ~ mimpi sesuatu yg dimimpikan; ~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir; ~ palsu (Bio) buah yg terbentuk drpd bahagian lain bunga, bukannya drpd ovari (mis buah gajus); ~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung; ~ pelir biji dlm kantung kemaluan lelaki; ~ pembicaraan a) pokok pembicaraan; b) hasil pembicaraan; c) sebut-sebutan orang; ~ pena buah kalam; ~ perut Mn orang-orang yg menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; ~ remia Kd sj buah spt kundang tetapi lebih kecil bentuknya; ~ sepudung beberapa buah yg terbit drpd satu bunga; ~ serahim buah yg terjadi drpd satu bunga; ~ sesentul buah yg spt buah epal, mempunyai biji pd terasnya; ~ sulung buah yg pertama (permulaan); ~ susu sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; ~ tahun sesuatu yg jarang terdapat; ~ tangan a) hasil pekerjaan; b) barang yg dibawa dr perjalanan, oleh-oleh; ~ tanjung sj kuih; ~ tasbih a) butir-butir pd tasbih; b) sj tumbuhan (herba), Canna orientalis; ~ undi ark buah dadu; ~ zakar buah pelir; ~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan); ~ yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat; bagai ~ keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh; di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun; laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia; sebab ~ dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya; sebuah satu buah; menyebuahkan menjadikan satu; buah-buahan 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; berbuah 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik);berbuah-buah ki menjadi-jadi: ratap yg ~; berbuahkan mendapat (mempunyai) sbg buah: padi itu ~ emas;membuahi 1. Id menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dgn gen betina; 2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah: dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dgn ratap;membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman;pembuahan perihal membuahi (penghamilan).Kamus Dewan Edisi Keempat
unjur; mengunjur 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; mengunjurkan 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn kaki ~; unjuran 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; pengunjuran 1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dsb pd sesuatu per-mukaan: projektor menayangkan imej ke skrin secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu: pengurusan terutamanya melibatkan peran-cangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan; ® lunjur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas