kepedasan | 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepedasan | terasa sangat pedas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepedasan | 1 berasa (sangat) pedas: Air matanya meleleh kerana ~ . 2 keadaan atau hal pedas. | Kamus Pelajar |
bersiut | berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyiuk | menyedut atau menarik nafas dgn mulut (kerana kesakitan, kepedasan, dll); siapa luka siapa ~, siapa sakit siapa mengaduh = siapa sakit siapa ~ prb siapa yg terasa apabila disindir, maka dialah yg bersalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siuk | Mn; menyiuk menyedut atau menarik nafas dgn mulut (kerana kesakitan, kepedasan, dll); siapa luka siapa ~, siapa sakit siapa mengaduh = siapa sakit siapa ~ prb siapa yg terasa apabila disindir, maka dialah yg bersalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedas | 1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 bersifat menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pedas | 1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Air matanya meleleh kerana ~ . 2 keadaan atau hal pedas. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit. | Kamus Pelajar |
siut I | 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedas | 1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ mengeluarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pengalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |