keselarasan | perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rima | keselarasan bunyi pd perkataan atau pd suku kata terakhir dlm sesuatu rangkap (mis pantun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keharmonian | keadaan harmoni; kesesuaian; keselarasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. | Kamus Pelajar |
kesesuaian | perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laras I | 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keharmonian | 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ perhubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsekuensi | (konsékuensi) 1. akibat (drpd sesuatu perbuatan), kesudahan, padah; 2. keselarasan (kesesuaian) dgn yg sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
editor kopi | editor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa, dan gaya penulisan sesuai dgn gaya penerbit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesepakatan | perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsisten | 1. terus berpegang pd pendirian dsb yg sama, tekal; 2. secocok, sesuai, sejajar, tidak bertentangan antara satu dgn lain; kekonsistenan keadaan yg konsisten, keselarasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |