Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ri.man] | کيريمن

Definisi : 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ri.man] | کيريمن

Definisi : sesuatu yg dikirim; pemberian yg dikirim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kirim (kata kerja)
Bersinonim dengan hantar, utus, pos, titip;,
Kata Terbitan : mengirimkan, kiriman, pengiriman, pengirim,

Puisi
 

Sutera ini sutera gulungan,
     Sutera perajut kaca;
Suratku ini surat kiriman,
     Dendam rindu boleh dibaca.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kirimansesuatu yg dikirim; pemberian yg dikirim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kiriman poswang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos;Kamus Dewan Edisi Keempat
kiriman1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kirimansesuatu yg dikirim; pemberian yg dikirim.Kamus Pelajar
bingkissl barang kiriman, buah tangan: maka Pra Chau berkirim surat dgn ~; membingkis mengirimkan buah tangan (bersama-sama dgn surat); bingkisan 1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yg biasanya disertai surat: dia menerima ~ drpd kawannya yg berada di luar negeri; 2. surat; 3. (Komp) set bit yg mengandungi semua atau sebahagian daripada data yg dikirim dlm satu blok melalui rangkaian penghantaran data.Kamus Dewan Edisi Keempat
surat1 kertas yg berisi tulisan; kertas yg bertulis: Segala ~ perjanjian itu disimpannya di dlm sebuah peti. 2 = ~ kiriman kertas yg berisi berita dll dan dikirim kpd orang lain: Pagi tadi saya telah menerima sepucuk ~ drpd sahabat saya di Jerantut. ~ beranak (jadi, lahir) surat yg berisi keterangan ttg kelahiran seseorang. ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan supaya tidak hilang. ~ buta (layang, terbang) surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya bertujuan utk mengecam dsb). ~ doktor surat drpd doktor yg menyatakan bahawa sese­orang itu sakit dan tidak dpt bekerja. ~ edaran (keliling, pekeliling) surat yg diedarkan kpd orang ramai utk memberitahukan sesuatu. ~ gadai surat tanda meminjam wang dgn menggadaikan barang. ~ izin (kebenaran) surat yg menyatakan bahawa pemegangnya dibenarkan me­lakukan sesuatu. ~ jemputan (undang­an) surat utk mengundang orang datang menghadiri sesuatu majlis dsb. ~ kahwin (nikah) surat yg menandakan bahawa sesuatu kelamin itu telah berkahwin dgn sah. ~ keterangan surat yg berisi keterangan mengenai sesuatu. ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd seseorang utk melakukan atau utk mewarisi sesuatu. ~ mati surat yg mengesahkan kematian seseorang. ~ perjanjian surat yg berisi butir-butir perjanjian yg telah dibuat. ~ permintaan (permohonan) surat utk meminta atau utk memohon sesuatu. ~ pujian (puji-pujian) surat yg berisi puji-pujian ttg sesuatu. ~ rayuan surat utk merayu ttg sesuatu. ~ salinan surat yg disalin drpd surat asal. ~ saman surat yg menuntut seseorang hadir di mahkamah utk dibicarakan. ~ sumpah a. surat yg dikeluarkan oleh kerajaan utk mengganti surat beranak. b. surat yg menandakan bahawa seseorang itu telah mengangkat sumpah. ~ terbuka a. surat yg tidak bersampul. b. surat yg disiarkan di akhbar-akhbar. ~ wakil surat yg membolehkan pembawanya bertindak sbg wakil kpd orang yg mengeluarkan surat itu. ~ wasiat surat yg menyatakan bagaimana dan kpd siapa seseorang itu mahu hartanya dibahagi-bahagikan setelah ia mati. bersurat 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. menyurat 1 membuat surat; menulis surat: Dia telah mengambil upah ~. 2 membuat tulisan; menulis. surat-menyurat 1 hal mengenai tulis-menulis surat; hal mengenai karang-mengarang surat: kerani ~. 2 saling berkirim surat: Telah banyak ~ antara mereka, akhirnya mereka ke jinjang pelamin jua. menyurati menulis atau mengirim surat kpd: Setiap bulan, saya ~ ibu di kampung. menyuratkan 1 menulis atau mencatat sesuatu dlm bentuk surat. 2 ki menentukan terlebih dahulu; mentakdirkan: Tuhan yg ~ hidup kita begini. tersurat 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan: Sudah ~ agaknya bahawa engkau akan menjadi pembesar negara. suratan 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. persuratan hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. penyuratan hal (perbuatan dsb) me­nyurat atau menyuratkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
surat kirimankertas yg berisi berita dll dan dikirim kpd orang lain: Pagi tadi saya telah menerima sepucuk ~ drpd sahabat saya di Jerantut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
surat kirimansurat yg dikirimkan dgn pos;Kamus Dewan Edisi Keempat
surat kirimankertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkirim-kirimansaling berkirim (surat dll): mereka berdua sudah kerap kali ~ surat;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas