mengglobalkan | menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melakukan | 1. menjalankan (tugas), membuat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuduh | 1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nah | 1 kata seru yg digunakan pd awal percakapan utk menarik perhatian: ~! Sekarang kitalah juara. 2 kata seru utk mempelawa seseorang menerima sesuatu; ambillah: ~! Pakailah baju ini utk menggantikan baju kamu yg basah itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuduh | ; menuduh 1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain): mereka ~ sesama sendiri; menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh (didakwa); tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; penuduh orang yg menuduh, pendakwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nah | 1 kata seru yg digunakan pd awal percakapan utk menarik perhatian: ~kitalah juara. 2 kata seru utk mempelawa seseorang menerima sesuatu; ambillah: ~! Pakailah baju ini utk menggantikan baju kamu yg basah itu. | Kamus Pelajar |
kerugian | 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
global | 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; mengglobalkan menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laku | 1. gaya (cara) membuat sesuatu, perbuatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupakan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, dikuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), membuat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (terhadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu perbuatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan sesuatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rugi | 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walaupun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pampasan; kira-kira untung ~ kira-kira yg menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan; 3. tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |