komander | 1 ketua pasukan tentera dll. 2 pangkat pegawai tentera laut yg rendah sedikit drpd kapten: ~ udara pangkat pegawai tentera udara yg rendah sedikit drpd kapten udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komander | 1. ketua pasukan tentera dll. 2. pangkat pegawai tentera laut yg rendah sedikit drpd kapten: ~ udara pangkat pegawai tentera udara yg rendah sedikit drpd kapten udara. | Kamus Pelajar |
leftenan komander | pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leftenan komander | pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komander | 1. pegawai tentera yg memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera; 2. pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut yg pangkatnya setingkat di atas leftenan komander dan setingkat di bawah kapten (setaraf dgn leftenan kolonel dlm tentera darat dan tentera udara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komendur | IB 1. ketua pasukan, komander; 2. pegawai yg mengetuai pentadbiran (pengendalian) sesebuah pelabuhan, syahbandar; 3. pegawai yg mengetuai daerah, pegawai daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leftenan | /léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leftenan | (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut; ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera (bagi pegawai yg bertauliah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapten | kapten /kaptén/ 1 = ~ kapal ketua atau pemimpin kapal; nakhoda. 2 pegawai tentera darat yg berpangkat di bawah mejar tetapi lebih tinggi drpd leftenan. 3 pegawai tentera laut yg berpangkat di bawah komodor tetapi lebih tinggi drpd komander. 4 ketua dlm sesuatu pasukan (pasukan bola sepak dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kapten | 1. (pangkat) pegawai bertauliah dlm tentera darat dan tentera udara yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd leftenan dan setingkat lebih rendah drpd mejar; 2. (pangkat) pegawai bertauliah kanan dlm tentera laut yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd komander dan setingkat lebih rendah drpd laksamana pertama (setaraf dgn kolonel dlm tentera darat dan tentera udara); 3. juruterbang kanan yg bertanggungjawab mengendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam; 4. = ~ kapal orang yg mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal; 5. orang yg mengetuai sesuatu pasukan permainan (spt bola sepak, hoki dsb), ketua pasukan; 6. orang yg diberi kuasa memimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dsb: pengurus merupakan ~ dlm sesebuah firma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |