konon | 1 menurut khabar; khabarnya: Pd zaman dahulu, ~nya semua binatang dpt berkata-kata. 2 kata yg digunakan utk melahirkan perasaan ingin tahu atau perasaan bimbang; agaknya; gerangan: Apa ~ maksudnya datang ke mari? 3 selaku (utk menyindir atau utk mengejek seseorang); seolah-olah; seperti: Jadi sangkamu, ~nya engkau boleh mendapat kerja di sana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konon pula | apalagi, istimewa pula, inikan pula: sedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konon lagi | apalagi, istimewa pula, inikan pula: sedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konon | 1. menurut khabar; khabarnya:Pd zaman dahulu, ~nya semua binatang dpt berkata-kata. 2. kata yg digunakan utk melahirkan perasaan ingin tahu atau perasaan bimbang; agaknya; gerangan:Apa ~ maksudnya datang ke mari? 3. selaku (utk menyindir atau utk mengejek seseorang); seolah-olah; seperti:Jadi sangkamu ~nya engkau boleh mendapat kerja di sana. | Kamus Pelajar |
konon | 1. kata utk menyatakan perasaan ingin tahu, gerangan, agaknya: apa ~ yg merunsingkannya? 2. katanya, kata orang, menurut khabar: kudengar engkau ~ hendak mengadang Sang Guna; adalah ~ seorang perempuan terlalu baik parasnya; 3. agaknya (begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), bukankah: maka inilah sebentuk cincin ia minta jualkan, keputusan belanja ~; 4. kata utk menyatakan sindiran atau ejekan, seolah-olah, lakunya: badan sudah tua hendak membuka kebun baru ~; jadi kau fikir ~nya kau boleh dapat kerja di sana? 5. sl khabar; 6. = kononkan = ~ lagi = ~ pula apalagi, istimewa pula, inikan pula: sedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak; mengonon, memperkonon, memperkononkan memperdayakan, memperolokkan, mempermainkan (dgn kata-kata yg bukan-bukan dsb): kalau sudah ada sedikit pengetahuan, tidaklah mudah diperkononkan orang; mengononkan 1. mengonon, memperkonon(kan); 2. mengisahkan (mempercakapkan) dgn konon (dgn berasaskan kata orang, khabar-khabar, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ini konon | istimewa pula, lebih-lebih lagi, apa lagi, tambahan pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutaha | ark sl agaknya, rasanya, konon, -kah, -tah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerangan | agaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan), konon: aku ingin juga tahu apa ~ yg dicakapkannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuanku | tuan yg mulia (dlm percakapan dgn raja): tersebutlah konon sebuah negeri ber-nama Bandar Muar, rajanya bernama T~ Gombong Malim Dewa; baiklah ~ tiada lama patik pergi; ~ laras Mn kepala daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memugari | 1. sl memperbaiki atau memperelok semula, membaharui, memulihkan: indahnya konon kota negeri, sekaliannya baru dipugari; 2. = ~ tanah (hutan) a) menjadikan hutan semula; b) membuka hutan, menebangi hutan (utk ditanami); | Kamus Dewan Edisi Keempat |