kostum | 1. pakaian yg dipakai pd ketika tertentu (spt menghadiri upacara, jamuan, dll); 2. pakaian yg dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem, dll; 3. pakaian perempuan potongan Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencahayaan | 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi usaha pementasan atau penggambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cahaya | 1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; mencahayai memberi cahaya kpd, menerangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; mencahayakan 1. mengeluarkan atau memancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadikan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi usaha pementasan atau penggambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |