kukuran | alat yg bergerigi hujungnya utk mengeruk isi kelapa dr tempurungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukuran | alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukur I | alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa; ~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja; mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukur | , = kukuran alat yg bergerigi hujungnya utk mengeruk isi kelapa dr tempurungnya. mengukur mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. pengukur 1 alat utk mengukur kelapa; kukuran. 2 orang yg mengukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengukur | 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangur | 1. Mn kukuran, pengukur; 2. sj kikir, patar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengukur | 1 alat utk mengukur kelapa; kukuran. 2 orang yg mengukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengukur | 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda I | 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditunggang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpenunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menyerupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pembelengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. membuat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (memelihara) kuda; 2. kandang kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |