label luaran(external label) | 1. Lihat label fail 1. 2. Label pengenalan dalam bentuk pelekat kertas, logam, atau plastik yang diletakkan di bahagian luar badan perkakasan atau pembalut bahantara pemegang perisian. | Kamus Komputer |
label dalaman(internal label) | 1. Label pengenalan dalam bentuk pelekat kertas, logam, atau plastik yang diletakkan di bahagian dalam badan perkakasan. 2. Label pengenalan perisian dalam bentuk kenyataan yang akan dipaparkan apabila perisian digunakan. Bandingkan label luaran. | Kamus Komputer |
label jilid(volume label) | Label dalam bentuk perisian yang diberikan kepada cakera yang sudah diformat sebagai nama pengenalan untuk membezakannya daripada cakera lain. | Kamus Komputer |
label fail(file label) | 1. Kertas pelekat yang mengandungi keterangan tentang kandungan cakera yang dilekatkan pada jaket atau pada sarung cakera untuk memudahkan pengguna membezakannya daripada cakera lain. 2. Blok data dalam bahantara storan yang mengandungi keterangan tentang sesuatu fail. | Kamus Komputer |
label titik semakan(checkpoint label) | 1. Rekod yang digunakan untuk menandakan kedudukan tertentu dalam perjalanan komputer untuk membolehkan sistem dimulakan di sini selepas kegagalan berlaku. 2. Tanda bernama yang digunakan untuk menandakan tempat tertentu dalam atur cara bagi tujuan penyemakan atur cara. | Kamus Komputer |
label | kepingan kecil kertas (kad dll) yg dilekatkan atau ditampalkan pd sesuatu (spt botol, beg, dll) utk memberikan sedikit keterangan (mis nama, jenis, kandungan, harga, dll); berlabel mempunyai label: botol itu tidak ~; melabel 1. memberi (mengenakan) label pd sesuatu: semua barang yg dijual perlu dilabel; 2. ki mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~ seseorang sbg pengkhianat; pelabelan perbuatan membubuh label pd sesuatu (barangan, tulisan, dll): undang-undang ~ di sektor swasta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
label | Pengenal pasti atau nama unik yang digunakan untuk menyatakan, menerangkan, atau membezakan suruhan kenyataan, mesej, data, nilai, rekod, butiran, konsep, atau fail. | Kamus Komputer |
label | 2 ki menganggap seseorang sbg; memandang sbg: Orang-orang kampung ~ dia sbg jelatang kampung. | Kamus Pelajar |
label | melabel | Kamus Pelajar |
label | kepingan kertas (kain, logam dll) yg berisi keterangan ringkas ttg sesuatu. | Kamus Pelajar |