Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bacaan1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bacaan1. bahan utk dibaca (spt buku dll); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2. cara membaca; hasil membaca:~nya lancar sekali.Kamus Pelajar
fasih1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkosel-koselteragak-agak atau tertahan-tahan (ketika melakukan atau mengatakan sesuatu), tidak lancar (perkataan­nya atau pekerjaannya), merungut-rungut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kosel(kosél); terkosel-kosel teragak-agak atau tertahan-tahan (ketika melakukan atau mengatakan sesuatu), tidak lancar (perkataan­nya atau pekerjaannya), merungut-rungut.Kamus Dewan Edisi Keempat
lancar Iterlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang­-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu; 2. menghafaz, selalu meng­ulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): kon­frontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertekan-tekantidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah men­cerita­kan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluar­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pasar IIMn licin (bkn jalan yg mati rumput­nya kerana selalu dilalui); ~ jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang prb Mn orang tentu menjadi mahir dlm sesuatu lapangan kalau selalu mengerjakannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bacar1. lancar (bercakap, biasanya dlm erti yg kurang baik), lancap; ~ mulut lancang berkata-kata (biadab) tanpa memikirkan akibatnya kpd orang yg mendengar, kesat bahasa; 2. peramah: isterinya itu ~ orangnya; kebacaran perihal bacar, kelancapan: dia dibenci kerana ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
baca;membaca 1. membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis:Ibu saya sedang ~ Quran. 2. menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. bacaan 1. bahan utk dibaca (spt buku dll); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2. cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. pembacaan perbuatan atau hal membaca. pembaca orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ warta berita di radio.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas