meningkat-ningkat | 1. terus meningkat (bertambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perumpamaan | 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan berlapis-lapis pd ungkapan-ungkapan katanya; 2. sj peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain (umumnya mengandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapis legit | sj kuih yg dibuat drpd tepung beras atau tepung gandum dan santan, dikukus lapis demi lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuih lapis | sj kuih yg dibuat drpd tepung beras atau tepung gandum dan santan, dikukus lapis demi lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlapis | menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang menabur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapis II | 1. tersayat atau dicarik halus-halus (daging dll); 2. = kuih ~ = ~ legit sj kuih yg dibuat drpd tepung beras atau tepung gandum dan santan, dikukus lapis demi lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapis I | 1. = lapisan susunan yg bertingkat-tingkat atau bertindih-tindih dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll), petala: di bawah kulit binatang, terletak se~ lemak yg memanaskan badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu; 2. barisan atau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas; berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang menabur; berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis; melapis 1. memberi lapis kpd, membuat berlapis; 2. bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain); melapisi merupakan lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi permaidani; melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik ke dalam kemudian lapiskan dua; lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh; pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan: ~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas; pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu (bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~ bahan pelindung yg telap air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
limpit | Mn lapis, lapisan; berlimpit-limpit berlapis-lapis (tikar, kain, dll); memperlimpitkan menjadikan berlapis-lapis, menyusun berlapis-lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapis | 1 leretan atau susunan yg bertingkat-tingkat, satu di atas atau di sebelah yg lain: Dia memakai baju dua ~. 2 sesuatu yg terletak berderet-deret; deretan; jajaran; saf: Penonton-penonton berbanjar beberapa ~ di kiri kanan jalan. 3 barang tipis yg dilekapkan pd benda lain: ~ emas barang yg disadur dgn emas. berlapis mempunyai atau terdapat lapis: Barang-barang itu disusun satu-satu, tidak ~. berlapis-lapis terletak berderet beberapa lapis; bersusun-susun: Mereka berdiri ~. berlapiskan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lapis: Di dadanya tersemat tiga buah kerongsang ~ emas. melapis memberi berlapis; memasang lapis pd: Dia ~ dinding bilik tidurnya dgn kayu medang. melapisi merupakan atau menjadi lapis pd: Kayu medang ~ dinding bilik tidurnya. melapiskan 1 meletakkan atau menyusun yg satu di atas yg lain: Sesudah dipakai, dia ~ tikar-tikar tsb di bawah katil. 2 menggunakan sesuatu sbg lapis: Ahmad ~ kayu medang pd dinding bilik tidurnya. lapisan 1 susunan yg bertingkat-tingkat: Di bawah ~ kulit merah daun itu, ada sel-sel pembuat makanan. 2 golongan atau tingkatan dlm sesuatu masyarakat: Wakil dr segenap ~ masyarakat telah diundang ke majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tingkat | 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempatnya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |