Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)

30

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tambahsesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, lebih besar dll; tokok; imbuh: Utk pesanan luar negara, berapa ringgit ~nya?. minta ~ minta supaya diberi lebih banyak lagi. bertambah 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. menambah 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. menambahi memberi tambah pd; menjadi sbg tam­bah pd: Sepatah pengajaran ~ akal, lebih baik drpd emas berbungkal. menambahkan menjadikan sesuatu sbg tambah: ~ asid pd bes. tam­bahan sesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi. pertambahan perihal bertambah: Kawalan harus dilakukan terhadap ~ penduduk. penambahan perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. penambah 1 sesuatu yg digunakan utk menambah. 2 imbuhan spt ber-, ter-, -kan yg ditambahkan pd sesuatu kata akar (kata dasar). 3 angka yg dicampurkan pd angka lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lebih-lebih lagitambahan pula; istimewa pula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sementelahanlebih-lebih lagi; tambahan pula: Ibu tidak ke pasar hari ini kerana sakit kepala, ~ pula hari hujan lebat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sementelah, = sementelahan lebih-lebih lagi; tambahan pula: Ibu tidak ke pasar hari ini kerana sakit kepala, ~ pula hari hujan lebat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
istimewa pula (lagi)lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
apalagitambahan pula; lebih-lebih lagi: Naik kereta api saja pun sudah mabuk, ~ naik kapal laut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tam­bahan pula (lagi)lebih-lebih lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mana lagi (pula)tambahan pula; lebih-lebih lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tam­bahansesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas