sistem pemproses berbilang(multiprocessor system) | Sistem yang mempunyai lebih daripada satu pemproses yang berkongsi sumber yang sama. Kewujudan lebih daripada satu pemproses ini adalah untuk melaksanakan pemprosesan selari dan pemprosesan serempak. | Kamus Komputer |
kebuntuan(deadlock) | Keadaan apabila lebih daripada dua proses bertelagah merebut sumber genting yang sama, dan tidak ada proses yang mahu mengalah. | Kamus Komputer |
gulung lampau(rollover) | Keadaan apabila lebih daripada satu kekunci dalam papan kekunci ditekan serentak. Dengan itu sistem mestilah menentukan kekunci yang harus didahulukan. | Kamus Komputer |
kunci jerait(concatenated key) | Kunci yang terdiri lebih daripada satu butiran data yang digunakan untuk mengenal pasti rekod dalam pangkalan data. | Kamus Komputer |
pemproses tatasusunan(array processor) | Sistem komputer yang mempunyai lebih daripada satu daftar serta unit aritmetik dan logik. Kewujudan daftar dan unit aritmetik dan logik berbilang ini adalah untuk membolehkan tugas yang besar diceraikan kepada bahagian yang kecil dan kemudian diproses serempak. | Kamus Komputer |
multipleks(multiplex) | Tindakan menyelang-nyelikan penghantaran dan penerimaan lebih daripada dua bingkisan data melalui satu talian penghantaran yang sama. | Kamus Komputer |
perkongsian fail(file sharing) | Kemampuan sesuatu fail digunakan oleh lebih daripada satu pengguna pada satu ketika. | Kamus Komputer |
capaian berbilang(multiple access) | Kaedah pencapaian sesuatu sistem melalui lebih daripada satu saluran input-output untuk meletakkan atau mendapatkan data kembali. | Kamus Komputer |
penyata sepunya(common statement) | 1. Kenyataan atau ayat yang digunakan pada lebih daripada satu pengguna atau atur cara. 2. Kenyataan yang menetapkan suatu sumber supaya dapat digunakan secara sepunya oleh beberapa proses. | Kamus Komputer |
pemultipleks(multiplexer) | Peranti elektronik yang berfungsi menyelang-nyelikan penghantaran dan penerimaan lebih daripada dua bingkisan data melalui talian penghantaran yang sama. Singkatan MUX. | Kamus Komputer |