leher | (léhér) 1. bahagian tubuh yg menghubungkan kepala dgn badan: Shahrin memanjangkan ~nya dan melihat keluar; bertegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leher | /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalung I | benda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher, rantai leher; berkalung memakai kalung; mengalungkan mengenakan (menyangkutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkal leher | leher di sebelah bawah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batang leher | leher antara kuduk dan kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengujut | mencerut leher, mencekik leher dgn tali dll: hukuman orang Melayu di zaman dahulu utk kesalahan itu ialah disalang atau disula dan dikujut kalau kesalahan itu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerat | memotong; memenggal; memancung (leher): ~ kayu; ~ leher. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tali leher | kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalung | barang perhiasan (biasanya drpd emas, manik dll) yg disangkutkan pd leher; rantai leher. berkalung memakai kalung. mengalungi 1 menyangkutkan atau mengenakan kalung atau sesuatu spt kalung pd; memberi berkalung: Tetamu kehormat itu dikalungi bunga. 2 melekat atau berupa spt kalung pd: Seutas rantai mutiara ~ lehernya. mengalungkan menjadikan sesuatu sbg kalung: Beliau ~ bunga malai ke leher tetamu itu. kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: Mereka meletakkan ~ bunga di Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dasi | Id tali leher; ~ kupu-kupu tali leher kupu-kupu; berdasi memakai dasi (tali leher). | Kamus Dewan Edisi Keempat |