liga | 1 persatuan atau persyarikatan antara beberapa buah negara: ~ Arab. 2 kumpulan kelab atau pasukan sukan yg mengadakan pertandingan sesama anggota kumpulan tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Liga Arab | persyarikatan negara-negara Arab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liga | 1. persatuan atau persyarikatan (antara negara-negara dll); L~ Arab persyarikatan negara-negara Arab; 2. persatuan kelab sukan yg menganjurkan perlawanan antara pasukanpasukan ahli yg sama tarafnya: ~ bola sepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semipro | (sémipro) singkatan bagi semi-profesional: pemain skuad ~; liga ~ bermula Mei ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
divisyen | 1 unit tentera yg merupakan sebahagian drpd kor, biasanya terdiri drpd 10,000–15,000 anggota dan dibahagikan kpd tiga briged. 2 kelompok yg terdiri drpd beberapa pasukan dlm sesuatu liga (mis bola sepak): Beliau bermain dlm ~ A utk musim ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
divisyen | 1. unit tentera yg merupakan sebahagian drpd kor, biasanya terdiri drpd 10 000–15 000 orang anggota dan dibahagikan kpd tiga briged; 2. kelompok yg terdiri drpd beberapa pasukan dlm sesuatu liga (bola sepak dsb): pasukannya gagal mengalahkan pasukan sulung dlm ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranking | bp kedudukan atau tempat (individu atau pasukan) dlm senarai pemain (pasukan dsb) berdasarkan skala pencapaian dlm sesuatu bidang sukan: lebih banyak pingat emas lebih tinggi kedudukan kita dlm ~ negara yg terbabit; pasukan itu masih menduduki ~ kedua dlm liga bola sepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandat | 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg diamanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: ran-cangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |