lulusan | orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lulusan | 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat lulusan | surat kebenaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siswazah | orang yg telah lulus dr universiti; lulusan universiti. pensiswazahan perihal, program dsb menjadikan seseorang sbg siswazah atau berkelulusan ijazah: ~ guru-guru sekolah rendah dpt meningkatkan keprofesionalan mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siswazah | orang yg telah lulus dr universiti; lulusan universiti. | Kamus Pelajar |
tamatan | yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siswazah | orang yg telah lulus dlm peperiksaan terakhir universiti dll, orang lulusan universiti; pensiswazahan perihal (program, proses, usaha dsb) menjadikan seseorang sbg siswazah atau berkelulusan ijazah: ~ guru besar boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan maruah diri pentadbir di sekolah rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setaraf | sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
CGPA | kep Cumulative Grade Pointer Average (purata nilai gred kumulatif, iaitu sistem pengiraan himpunan markah pelajar di institusi pengajian tinggi tertentu): kursus itu ditawarkan kpd lulusan Diploma ITM dan UTM yg mendapat tidak kurang drpd 2.5 ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tamat | 1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. penamatan perbuatan atau hal menamatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg terakhir; yg penghabisan; penutup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |