siswazah | orang yg telah lulus dr universiti; lulusan universiti. penÂsiswazahan perihal, program dsb menjadikan seseorang sbg siswazah atau berkelulusan ijazah: ~ guru-guru sekolah rendah dpt meningkatkan keprofesionalan mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siswazah | orang yg telah lulus dr universiti; lulusan universiti. | Kamus Pelajar |
siswazah | orang yg telah lulus dlm peperiksaan terakhir universiti dll, orang lulusan universiti; pensiswazahan perihal (program, proses, usaha dsb) menjadikan seseorang sbg siswazah atau berkelulusan ijazah: ~ guru besar boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan maruah diri pentadbir di sekolah rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lulusan | orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lulus | 1 dpt masuk terus atau lalu (ke dlm atau dr lubang dll); dpt lucut atau lepas (bkn cincin dr jari dll): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dlm sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dr universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dll); diperkenankan: Permohonannya utk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dlm lubang dll: Kakinya ~ ke dlm lubang yg penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |