lebah | nama sj serangga yg bersengat dan mengumpulkan madu, Apis indica: madu (manisan) ~ air madu. ~ bergantung a. sj ukiran pd jerubung perahu. b. bentuk dagu yg cantik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebah | nama sj serangga yg bersengat dan mengumpulkan madu, <i>Apis indica: madu (manisan) ~ air madu.i> <i>~ bergantungi> a. sj ukiran pd jerubung perahu.b. bentuk dagu yg cantik. | Kamus Pelajar |
madu II | wanita lain yg juga menjadi isteri kpd suami sendiri: Siti Zubaidah telah dihina oleh ~nya, Puteri Sajarah. bermadu mempunyai madu (bkn wanita yg suaminya mempunyai isteri lain); ada madunya: Jarang ada orang ~ yg tidak bersanggit dgn madunya. memadui menjadi madu kpd (bkn wanita): Gadis itu ~ rakan karibnya sendiri. memadukan menjadikan sbg madu: Dia keberatan jika dirinya dimadukan. mempermadukan menjadikan bermadu; memberi bermadu akan isterinya (bagi suami yg beristeri lagi): Dia tidak sanggup hendak ~ isterinya yg setia itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
madu II | 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri; 2. ki saingan dlm percintaan; bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya; memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya; memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya); memadukan menjadikan sbg madu: isteri-nya tidak rela dimadukan; mempermadukan menjadikan (membiarkan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan; permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manis madu | rasa spt rasa madu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buli-buli madu | pundi yg mengandungi madu pd bunga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebah | serangga kecil berkepak empat dan bersengat yg mengeluarkan waks dan madu; jenis-jenisnya: ~ betul, ~ keram, ~ lalat, dll; air (manisan) ~ air madu; ~ bergantung a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg cantik; c) Kl pakatan yg kukuh; spt ~, mulut bawa madu, pantat bawa sengat prb a) orang kaya yg murah hati tetapi sombong; b) perempuan yg elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indung madu | sarang lebah yg berisi madu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indung | ibu, induk (terutamanya pd benda-benda dan binatang); ~ madu sarang lebah yg berisi madu; ~ mutiara siput mutiara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manis-manisan | 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |