majoriti | 1 bilangan atau jumlah yg banyak (besar): ~ penduduk yg tinggal di situ ialah orang Melayu. 2 kelebihan undi sesuatu pihak drpd pihak lain: parti ~ parti yg memenangi pilihan raya (dgn memperoleh undi yg banyak). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
majoriti | 1. sebahagian atau sebilangan terbesar; 2. kelebihan undi atau kerusi yg diperoleh oleh calon atau parti mengatasi bilangan undi calon atau parti yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parti majoriti | parti yg memenangi pilihan raya (dgn memperoleh undi yg banyak). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undian | suara (dlm sesuatu pilihan raya dll): Calon Barisan Nasional telah menang dgn kelebihan 3,600 ~. ~ percaya undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. ~ pos undi yg dihantar melalui pos apabila pengundi berada di luar kawasan undi pilihan raya berkenaan. ~ sulit undi dlm pemilihan atau penentuan yg dilakukan secara sulit, biasanya dgn menandakan pilihan atau keputusan seseorang pd kertas undi. ~ tak percaya undi yg menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undian percaya | undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undi percaya | undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang, pemimpin dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undian tak percaya | undi yg menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undi tidak percaya | undi yg menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang, pemimpin dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendominasi | menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap: mari kita tinjau bagaimana golongan yg bertanah dan berharta di desa ~ majoriti petani yg miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dominasi | ; mendominasi menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap: mari kita tinjau bagaimana golongan yg bertanah dan berharta di desa ~ majoriti petani yg miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |