Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kesihatan terganggu (kerana sedih dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : merosakkan diri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
makan dirikesihatan terganggu (kerana sedih dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
makan dirimerosakkan diri sendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
puasa1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Is­lam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib).Kamus Dewan Edisi Keempat
imsakmenahan diri drpd makan, minum dsb pd waktu siang semasa berpuasa: Seseorang itu masih wajib ~ walaupun puasanya telah batal. waktu ~ waktu mula menahan diri drpd makan, minum dsb semasa berpuasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imsakmenahan diri drpd makan, minum dsb pd waktu siang dlm bulan puasa: Seseorang itu masih wajib ~ walaupun puasanya telah batal. waktu ~ waktu mula wajib menahan diri drpd makan, minum dsb dlm bulan puasa, kira-kira 10 minit sebelum subuh.Kamus Pelajar
mengikat perutmenahan diri drpd makan kerana hendak berjimat atau hendak menguruskan badan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imsakAr 1. menahan diri drpd makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari dlm bulan Ramadan: masih wajib ~ walaupun puasanya telah batal; 2. (waktu) mulai berpuasa, iaitu selepas waktu sahur: tiap-tiap petang dlm bulan puasa, Televisyen Malaysia menyiarkan waktu berbuka puasa dan waktu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
waktu imsakwaktu mula menahan diri drpd makan, minum dsb semasa berpuasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tapa Iusaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, keke­balan, dll) dgn cara berpantang makan, mengasingkan diri dll; ~ songsang tapa dgn bergantung di dahan kayu (dgn kaki ke atas dan kepala ke bawah); bertapa 1. mengasingkan diri di tempat yg sunyi dll (utk memperoleh kesaktian, keke­balan dll): maka kakinya diikatnya, kepala­nya ke bawah, dgn demikian dua belas tahun lamanya ~; 2. bp menjalani hukuman penjara; 3. ki lama tidak keluar (tidak menampakkan diri); mempertapakan hendak memperoleh se­suatu dgn jalan bertapa; pertapaan 1. perihal bertapa; 2. tempat (orang) bertapa; pertapa orang yg bertapa, ajar-ajar, resi.Kamus Dewan Edisi Keempat
cekap1 mampu atau sanggup (melakukan sesuatu): Setelah ~ terbang, barulah burung-burung itu dpt mencari makan sen­diri. 2 pandai; mahir: Misbun merupakan pemain badminton yg ~. kecekapan 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas