Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tempat air terbit dr tanah; b) bp keka­sih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Dua kali ke Pulau Pinang,
     Air laut pasang tenangan;
Dua kali abang terkenang,
     Air mata jatuh berlinangan.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Air mata jatuh ke dalam.

Bermaksud :

Berdukacita dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(4)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ocak-ocakPr sumber (air), mata (air); ~ air meleleh mata air.Kamus Dewan Edisi Keempat
bual1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual.Kamus Dewan Edisi Keempat
ain IIAr 1. mata, mata air; 2. inti, penting, sejati.Kamus Dewan Edisi Keempat
buak Ibunyi spt bunyi air yg memancar drpd mata air (air mendidih dll), bual; membuak memancar keluar, membual: tempat kena peluru itu, darah ~ keluar;membuak-buak 1. memancar keluar dgn banyaknya spt air mata air dsb hingga melimpah: darah ~ keluar membasahi jari-jemari tangannya; 2. ki berkobar-kobar dan semakin kuat semangat, perasaan, keinginan dsb utk mencapai atau melaksanakan sesuatu, meluap-luap, melonjak-lonjak: rasa ingin turut membantu Umi ~ dlm benakku; rasa marahnya ~; 3. ki terdapat sangat banyak (tentang orang, harta dsb), berlimpah-limpah: kesenangan ~, tetapi kami kehilangan kasih sayang; terbuak terpancar keluar: tumit itu dikisar-kisarnya sehingga debu berkisaran dan ~ naik.Kamus Dewan Edisi Keempat
daerah mata airdaerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air;Kamus Dewan Edisi Keempat
merembasbercucuran (air mata): air matanya ~ gugur.Kamus Dewan Edisi Keempat
merebasmenitik (air mata): air matanya ~ turun;Kamus Dewan Edisi Keempat
rembas II; merembas bercucuran (air mata): air matanya ~ gugur.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbit2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu ~ mata air yg jernih. Kamus Pelajar
membuak-buak1. memancar keluar dgn banyaknya spt air mata air dsb hingga melimpah: darah ~ keluar membasahi jari-jemari tangannya; 2. ki berkobar-kobar dan semakin kuat semangat, perasaan, keinginan dsb utk mencapai atau melaksanakan sesuatu, meluap-luap, melonjak-lonjak: rasa ingin turut membantu Umi ~ dlm benakku; rasa marahnya ~; 3. ki terdapat sangat banyak (tentang orang, harta dsb), berlimpah-limpah: kesenangan ~, tetapi kami kehilangan kasih sayang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas