melabuh | 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melabuhkan sauh | menurunkan sauh, melabuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membentangkan | 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buntal II | beberapa jenis ikan yg menjadi gembung kalau dipegang; jenis-jenisnya: ~ batu = ~ kotak = ~ peti, Lactoria spp., Tetrosomus spp.; ~ duri = ~ landak, Diodon spp, Chilomycterus spp.; ~ pisang, Amblyrhynchotes spp., Arothron spp., Chelonodon spp.; bagai ~ kembung = melabuh-labuh bagai ~ ditiup prb sombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentang I | ; membentang tampak luas dan rata, menghampar: sesampai di puncak bukit tampak laut ~ di hadapan mereka; membentangi menghamparkan sesuatu di: jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar masuk menghadap, pd tempatnya duduk itu dibentangi permaidani; membentangkan 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; terbentang terbuka luas, terhampar: sawah padi yg ~ luas; pembentangan 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan;pembentang orang yg membentangkan sesuatu: ~ kertas kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
labuh I | 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melabuhkan | 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerbau I | sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg berbintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |