melintasi | 1 melintas di; menyeberangi: Dgn susah payah, mereka ~ sungai itu. 2 mengharungi atau melalui; lalu di: ~ Lautan Atlantik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melintasi | 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memintasi | melintasi, melalui, menjalani, mengatasi: ~ segala kesulitan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyilangi | (bkn garisan) melintasi atau memotong garisan lain. | Kamus Pelajar |
melewati | 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampaui | 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalui | 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takraw | permainan menyepak bola raga melintasi jaring; sepak raga jaring. | Kamus Pelajar |
sepak takraw | permainan menyepak bola raga melintasi jaring; sepak raga jaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takraw | , = sepak ~ permainan menyepak bola raga melintasi jaring; sepak raga jaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |