memacu | 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memacu | 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memacu | 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. | Kamus Pelajar |
sungga | 1. benda yg tajam atau roda bergerigi utk memacu kuda, pacu; 2. buluh atau bilah yg ditajamkan dan dipacakkan di tanah, ranjau, suda; menyungga menggertak (kuda) dgn sungga supaya kencang larinya, memacu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggertakkan | 1 memacu atau memukul kuda supaya berlari kencang. 2 merapatkan gigi atau mengeritkan gigi kerana marah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggertakkan | 1. memacu atau memukul kuda supaya berlari kencang. 2. merapatkan gigi atau mengeritkan gigi kerana marah dll. | Kamus Pelajar |
pemacuan | perihal, proses, perbuatan dsb memacu: ~ pertumbuhan ekonomi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci pacu | batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm kenderaan bermotor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci pacu | batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan bermotor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemacu | 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg digunakan utk menyimpan dan mendapatkan kembali data pd cakera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |