memangku | 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memangku | 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memangku | 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke kereta ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? | Kamus Pelajar |
meriba | memangku: isterinya ~ anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mangku | yg memangku (hanya dlm gelaran saja): Ahli ~ Negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mangku | yg memangku (hanya dlm gelaran sahaja); Darjah M~ Negara pingat yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemangkuan | 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elaun pemangku | elaun yg diberikan kerana memangku sesuatu jawatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pidato pengukuhan | Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengulitkan | 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |