jeriau | kayu (buluh dll) yg dipasang melintang di atas kasau (utk mengatap rumah) atau pd rasuk (utk memasang lantai); menjeriau memasang jeriau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terap IV | juru~ tukang yg memasang atau membaiki jentera (kereta dll), jurusawat, mekanik; berterap berukir; menerap 1. mengikat atau memasang permata pd cincin (keris dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll (utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll); menerapkan mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pentakrifan yg menyeluruh; terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; terapan 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll), penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain dipraktikkan, (sesuatu) yg digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspek-aspek asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupakan cabang ilmu linguistik ~; keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan; penerapan 1. perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentadbiran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; penerap 1. orang yg kerjanya menerap (bata, permata dsb): kita telah agak biasa dgn pekerja am mis seorang ~ bata; 2. orang yg menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dsb): kita juga harus bertindak sbg ~ nilai-nilai yg murni dlm kehidupan keluarga dan masyarakat; 3. alat utk menerap sesuatu (bata dsb): alat ~ bata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasang IV | ; berpasang-pasangan, pasang-memasang tembak-menembak, bedil-membedil; memasang 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menyalakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukuman di penjara; ~ bendera menaikkan (mengibarkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menentukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar menaikkan (mengenakan) layar; ~ mata menjaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll); memasangkan memasang sesuatu utk, mengenakan sesuatu pd, melengkapi sesuatu dgn: aku pasangkan juga kipas angin di depan ibu; pasangan 1. sesuatu yg dipasang; 2. wang yg dipasang (dlm permainan judi); 3. kuk yg dipasang pd tengkuk kerbau dll (utk menarik kereta dll); ~ tiba di kodok prb perintah (pekerjaan) yg tidak dapat dielakkan lagi; pemasangan perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf; pemasang orang yg memasang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasang telinga | mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasang mata-mata | mengambil polis utk menjaga sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasang mata | memperhatikan baik-baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasang kaki | mengadakan orang utk mengintip dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasang harga | menentukan harga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasang bendera | menaikkan atau mengibarkan bendera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memasang badan | menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |